PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 24 NOVEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 08 DISEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 47/11/10 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. JURUUKUR BAHAN
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Ukur Bahan atau bidang bersesuaian.
2. PEGAWAI KEMAJUAN PERUMAHAN KANAN
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
b)TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Kerja Kemajuan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.
3. PENTERJEMAH ARAB
JABATAN PENTADBIRAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun.
b)Mempunyai kebolehan menaip dalam Bahasa Arab.
c)Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang penterjemah (Arab-Melayu, Melayu-Arab) atau pernah mengajar dalam Bahasa Arab adalah kelebihan.
4. PEMERIKSA BURUH
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Penolong Pemeriksa Buruh atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun.
b)Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
5. PENYELENGGARA STOR TINGKAT KHAS
PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI
YANG MAHA MULIA
KEMENTERIAN KEWANGAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM: a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pentadbiran/Pengurusan Perdagangan / Perdagangan / Perakaunan atau yang berkaitan dengan Pembelian dan Perbekalan atau Perdagangan, atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pentadbiran/Pengurusan Perdagangan / Perdagangan / Perakaunan atau yang berkaitan dengan Pembelian dan Perbekalan atau Perdagangan atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat I tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat I tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iv)Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Polis Diraja Brunei sekurang-kurangnya berpangkat Pegawai Waran yang mempunyai pengalaman mengawasi kakitangan penyelenggara stor serta mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjaya.
b)Mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman dan/atau kebolehan dalam bidang Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau Penyelenggaraan Stor dan/atau Pembelian dan Perbekalan dan/atau pengurusan barang-barang stor, alat kelengkapan dan alat ganti yang berbagai bentuk dan/atau kerja-kerja berkaitan dengan stor adalah kelebihan.
6. PENGAWAS KENDERAAN
PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI
YANG MAHA MULIA
KEMENTERIAN KEWANGAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC / BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding bidang Kejuruteraan Kenderaan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Pengawas Kenderaan Tingkat I dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun.
7. GURU UGAMA TERLATIH
KEMENTERIAN PERTAHANAN
G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN) ATAU
G.1 ($605 - $1,770 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM: 1. a)TANGGAGAJI G.2
i) a) Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama (SPU).
ATAU
b) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding DAN Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI) ii)Sijil Perguruan Ugama
b)TANGGAGAJI G.1
i)Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
ii)Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI)
iii)Sijil Perguruan Ugama.
2. Mempunyai pengalaman dalam mengajar Al-Quran serta boleh membaca berzanji marhaban serta bertahlil dengan baik adalah keutamaan.
3. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.
8. PEMBANTU PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN
DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)sedang berkhidmat di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
b)Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c)Pemohon adalah terdiri dari LELAKI sahaja.
d)Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
Read more...