Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

Iklan Jawatan Kosong Untuk Pengambilan Secara Bergaji Hari

Khamis, 18 November 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

GH9. PENYELARAS PERLAKSANAAN
JABATAN PERANCANGAN DAN
KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI


C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)
 

KEKOSONGAN=1 KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

b) Berumur diantara 21 hingga 45 tahun.
c) Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan Komputer adalah kelebihan.
 
NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan Salinan-Salinan Surat Beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut:

 
 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH9:
SETIAUSAHA, JAWATANKUASA PENGAMBILAN
KAKITANGAN JPKE
JABATAN PENTADBIRAN & ICT
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING
BANDAR SERI BEGAWAN, BA 1311
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 8 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Bagi iklan jawatan bilangan GH9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon.
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.

7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 01 DISEMBER 2010 tidak dilayan.
10. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;

• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP