Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Isnin, 29 November 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), 
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
 
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(a) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 

PERATURAN 38(a)  

Syarat-Syarat Am:
a)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan-Jabatan Kerajaan sahaja.
b)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.
d)Bagi jawatan B.3 ke atas, pemohon yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam hendaklah LULUS peperiksaan-peperiksaan berikut:-
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

e) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

 

1. PEGAWAI EKONOMI KANAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN: SATU (1)


KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Ekonomi / Pentadbiran / Pengurusan Perniagaan atau Sains Kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi sebagai Pegawai Ekonomi dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tangga gaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan-peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.

c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

2. PEGAWAI JURURAWAT (PERUBATAN)
JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN

 

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)
KEKOSONGAN: TIGA PULUH LAPAN (38)


KELAYAKAN MINIMUM:
a)Sijil Jururawat Am atau sebanding.
b)Sijil Tambahan Kejururawatan (Post Basic).
c)Sedang berkhidmat sebagai Jururawat Kanan atau jawatan yang sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
d)Lulus Peperiksaan (ujian) bagi kenaikan pangkat.
e)Mempunyai pengalaman yang luas dalam merawat pesakit-pesakit di hospital-hospital di bahagian yang khusus seperti ICU, CCU, SCBU, Renal Unit dan sebagainya adalah keutamaan.
f)Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.


PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Borang SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil, sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
3. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
4. Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

5. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi pemohon yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
6. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
7. Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/527 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

8. Borang permohonan hendaklah dikembalikan kepada:
SETIAUSAHA
PEJABAT SURUHANJAYA
PERKHIDMATANAWAM
BANGUNAN SPA
LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


TARIKH TUTUP IKLAN: 20 DISEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 97/2010/SPA/BMI/38(a)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP