IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jumaat, 25 Februari 2011
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: O9 MAC 2011
BILANGAN IKLAN: 08/02/11 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG PENYUNTING TINGKAT 1
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penyunting Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan.
c) Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
d) Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer.
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR
DAN DESA TINGKAT I
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Tingkat II atau dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
3. PENOLONG PEGAWAI BUKU TEKS
DAN KURIKULUM
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.3 / G.2 atau dalam tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji G.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
4. PENGARANG
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Penulisan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan yang berkenaan sebagai Penolong Pengarang atau jawatan bersesuaian dalam bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pengarang atau jawatan bersesuaian dengan bidang Penulisan / Penyunting / Penerbitan dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 4 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berkebolehan membaca dan menulis jawi dengan baik.
c) Mempunyai pengalaman dalam penulisan kreatif sastera serta esei sastera dan kebudayaan serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan tidak kurang dari 5 tahun.
5. PEGAWAI MELESEN PERIKANAN KANAN
JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Perikanan sebagai Pegawai Melesen Perikanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 / D3 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 4 tahun.
b) Mempunyai pengalaman dalam urusan-urusan pendakwaan atau pengendalian kes-kes mahkamah adalah keutamaan.
c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
6. PEMBANTU PENYELIDIK KANAN
JABATAN PENYELIDIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 3
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam Penyelidikan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
7. PEMERIKSA LUAR PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN
DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian / Kredit dalam mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1.Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 09 MAC 2011 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
0 ulasan:
Catat Ulasan