Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Khamis, 10 Februari 2011


PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 09 FEBRUARI 2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 FEBRUARI 2011
BILANGAN IKLAN: 06/02/11 (SPA/BMI)
 


PERATURAN 7(a)


Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


1. PEGAWAI PELANCONGAN
JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN
DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan / Pemasaran / Pengurusan Perniagaan dan Kewangan / Mass Komunikasi (Mass Communication) atau bidang bersesuaian.
b) Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pelancongan adalah kelebihan.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

2. PEREKA TINGKAT 1
JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN), ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1

KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis / Seni Halus / Reka Bentuk Dalaman atau bidang bersesuaian.

b) TANGGAGAJI B.2
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis / Seni Halus / Reka Bentuk Grafik / Reka Bentuk Dalaman atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pereka Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

2. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

3. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

3. JURUTAYANG / PEMANDU
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding. 
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun. 

b) Mempunyai lesen memandu Kelas 3. Mempunyai lesen memandu Kelas 5 adalah kelebihan.

c) Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam mengendalikan peralatan-peralatan elektronik yang diperlukan bagi kegiatan-kegiatan dakwah dan majlis-majlis pengislaman adalah kelebihan.   

4. TUKANG MASAK 
JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 3

KELAYAKAN MINIMUM: 
a) i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau sebanding dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

b) Mempunyai Sijil Kelas Dewasa Masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

5. ATENDAN
KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 4

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau BDTVEC National Trade Certificate 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate atau kelulusan sebanding. 

b) Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

6. AMAH
KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 8

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau BDTVEC National Trade Certificate 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate atau kelulusan sebanding.

b) Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

  




TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)




PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.


2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.



3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.


4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).



5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-


a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.




6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.




7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.


8. Permohonan yang diterima lewat daripada 24 FEBRUARI 2011 tidak dilayan.



9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;


• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu
http://www.spa.gov.bn/




10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP