PENGAMBILAN KAKITANGAN BERGAJI HARI
Khamis, 10 Februari 2011
SPESIFIKASI BAGI PENGAMBILAN KAKITANGAN
JAWATAN BERGAJI HARI
SKIM PERKHIDMATAN:
1. JAWATAN : PEKERJA BERGAJI HARI (TUKANG PENGAMBIL DARAH KAJI SELIDIK)
2. JABATAN/KEMENTERIAN : JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN
3. TEMPOH PERKHIDMATAN : 10 BULAN SAHAJA (BAGI KAJI SELIDIK HEPATITIS B DAN MEASLES IMMUNITY SEROPRE VALENVE STUDY (HBMISS) BRUNEI DARUSSALAM
4. SYARAT KELAYAKAN/KELULUSAN:
a) Mempunyai kepujian / 3 kredit mata pelajaran bagi Pelajaran Brunei Peringkat Biasa (BGCE 'O' Level) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Calon-calon yang mempunyai kepujian / kredit dalam mata pelajaran sains adalah diberi keutamaan.
c) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
d) Mempunyai pengetahuan di dalam bahasa-bahasa lain seperti Hokkien, Mandarin, Dusun, Iban dan lain-lain adalah satu kelebihan.
e) Berkebolehan dalam penggunaan komputer adalah menjadi satu kelebihan.
5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
a) Calon-calon yang dilantik hendaklah bersedia bertugas di sekolah-sekolah rendah yang terpilih di seluruh Negara untuk pengambilan contoh-contoh darah daripada kanak-kanak sekolah yang berumur persekitaraan 7-11 tahun untuk kajian dan analisis makmal.
b) Calon-calon yang dilantik juga mestilah bersedia menjalani latihan dengan bertugas di mana-mana pusat kesihatan atau hospital-hospital untuk mengambil contoh darah daripada kanak-kanak.
c) Bertugas di Pejabat Sekretariat Kaji Selidik semasa waktu bekerja apabila tidak bertugas di sekolah-sekolah atau menjalani latihan.
d) Membuat tugas-tugas Pentadbiran Am yang berhubungkait dengan Kaji Selidik seperti menyediakan persuratan dan bertanggungjawab terhadap penghantaran persuratan dan menghadapkan persuratan / fail kepada pegawai atasan.
e) Mendapatkan keputusan kajian dan analisis makmal yang berkaitan dengan kaji selidik dan memasukkan data tersebut kedalam komputer.
f) Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa.
PEMBERITAHUAN:
Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang SPA 1 dan menghantar borang tersebut dengan menyertakan :
(i) Biodata Peribadi
(ii) Salinan sijil-sijil kelulusan atau dokumen sokongan (supporting documents) dalam pengalaman di bidang yang berkaitan atau berkenaan (jika ada)
(iii) Nombor telepon untuk dihubungi
(iv) Satu (1) keping gambar bersaiz passport
Tarikh tutup menghantar borang permohonan tidak lewat 16 Februari 2011.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
Unit Pengambilan Kakitangan
Jabatan Pentadbiran
Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kesihatan
Jalan Menteri Besar / Jalan Commonwealth Drive
Negara Brunei Darussalam
0 ulasan:
Catat Ulasan