IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Ahad, 6 Mac 2011
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 16 MAC 2011
BILANGAN IKLAN: 09/03/11 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PEGAWAI SAINTIFIK
JABATAN HAL EHWAL SYARIAH
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang ilmu Kimia Ubat / Sains Farmaseutikal / Farmakologi / Penganalisa Kimia Ubat / Mikrobiologi Farmaseutikal atau bidang bersesuaian.
b) Mempunyai kelulusan Ijazah Lanjutan dalam bidang penganalisaan kimia ubat dan pengurusan mutu ubat serta mempunyai pengetahuan ugama yang baik adalah keutamaan.
2. KETUA TEKNIK PENERBITAN
JABATAN MUFTI KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Teknikal Penerbitan / Percetakan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang teknikal penerbitan / percetakan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat di Jabatan Mufti Kerajaan sebagai Penolong Ketua Teknik Penerbitan atau jawatan teknikal yang berkaitan dengan pengendalian penerbitan / percetakan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iv) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan teknikal yang berkaitan dengan pengendalian penerbitan / percetakan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.
b) Mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan dan pengendalian teknikal penerbitan / percetakan.
3. KETUA JURUBAHASA
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang yang berkaitan dengan ilmu bahasa.
ATAU
b) Sedang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Negara sebagai Jurubahasa Kanan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dengan ilmu bahasa dan/atau penterjemahan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau bahasa-bahasa yang berkaitan atau sebaliknya.
4. KETUA JURUTEKNIK MAKMAL
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains / Sains Makmal dan Pengurusan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Jabatan Pertanian Dan Agrimakanan sebagai Juruteknik Makmal Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun.
b) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan makmal sains / veterinary adalah kelebihan.
c) Berkemahiran dalam pengendalian dan pemeliharaan peralatan-peralatan makmal serta teknik-teknik pemeriksaan / penganalisaan makmal adalah kelebihan.
d) Berkebolehan mengendalikan peralatan / peralatan berkomputer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah kelebihan.
5. PENGENDALI SISTEM
PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC / BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Pengajian Komputer / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1.Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 16 MAC 2011 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 16 MAC 2011 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
0 ulasan:
Catat Ulasan