Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jumaat, 12 November 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT
DALAM PERKHIDMATAN AWAM

 
TARIKH IKLAN: 10 NOVEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 NOVEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 45/11/10 (SPA/BMI)
 
PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


 

1. PEGAWAI PERBEKALAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) TANGGAGAJI B.2 EB.3 :

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.

 
b) TANGGAGAJI B.2 :
i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perbekalan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

2. PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyemak Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan.
c)Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.


 

3. PEGAWAI ISTILAH
JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN
SUKAN


C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM: 

a)iBDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Pegawai Istilah atau jawatan bersesuaian tidak kurang dari 7 tahun.
b)Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.
c)Mempunyai daya inisiatif untuk merancang kerja-kerja untuk kemajuan dan perkembangan bahasa adalah kelebihan.
d)Menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa lain selain Bahasa Melayu adalah kelebihan.
e)Pengalaman dalam penyelidikan serta pengetahuan luas dalam perbendaharaan kata Melayu Brunei dan Kesusasteraan Melayu adalah kelebihan.


 

4. PEGAWAI PENAKSIR RUMAH
JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI


C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM :
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penaksiran / Percukaian atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Penaksir Rumah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.


 

5. POSMEN TINGKAT KHAS
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengawasan pemerosesan atau penyerahan mel. 
b)Lulus Peperiksaan Khas Jabatan Perkhidmatan Pos adalah kelebihan. 

 

6. TRADESMAN TINGKAT KHAS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Mekanikal atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.


 

7. PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN
EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI


D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1  
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.


 

8. PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA


D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1  
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.
b)Tahu membaca dan menulis jawi.
c)Mempunyai pengalaman dalam mengatur, mengawas dan mengawal pekerja-pekerja bawahan adalah kelebihan.



9. MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN
EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI


D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.
 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)


PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon.
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 24 NOVEMBER 2010 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

Read more...

PENCALONAN BAGI MENGISIKAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA KAMPONG DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan sukacitanya mempelawa/ menjemput penduduk- penduduk kampong berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-Ketua Kampong di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-
1.Ketua Kampong, MukimPeramu.
2. Ketua Kampong Saba Darat 'A'/Saba Laut, Mukim Saba.
3. Ketua Kampong Setia 'A', Mukim Sungai Kebun'.
4. Ketua Kampong Pekan Lama/Kampong Pengiran Setia Negara, Mukim Burong Pingai Ayer.
5.Ketua Kampong Kawasan 3, Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba, Mukim Gadong 'A'.
6. Ketua Kampong Kawasan 3, Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Tungku, Mukim Gadong 'A'.
7. Ketua Kampong Pulau Baru-Baru/Sungai Bunga, Tanjong Kindana Mukim Kota Batu
6. Ketua Kampong Lugu/Kampong Katimahar, Mukim Sengkurong.

 

Tanggagaji : C1-EB2 iaitu $1,280.00 hingga $1,930.00


KELAYAKAN CALON KETUA KAMPONG


Calon hendaklah :-
1. Seorang lelaki yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di Peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya.
3. Bermastautin di kampung yang berkenaan tidak kurang dua [2] tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
4. Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
5. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
6. Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
7. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
8. Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah Undang-Undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah.
9. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
10. Calon yang terdiri daripada ahli Perniagaan atau Pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
11. Pencadang dan Penyokong-Penyokong seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung yang berkenaan. Calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan.
12. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
13. Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
14. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima.
15. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat- Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung).


Tatacara menghadapkan borang pencalonan :
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut:-

 
Unit Pentadbiran
Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan
Ketua Kampung,
Jabatan DaerahBrunei dan Muara,
Negara Brunei Darussalam.


Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada Hari Sabtu 11 Disember 2010.

Read more...

Iklan Jawatan - Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Khusus Bagi Pemohon Dari Kalangan Pegawai & Kakitangan Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam

Ahad, 7 November 2010

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
 
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT
  DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN 

DIIKLANKAN
 

PERATURAN 38(b)
Syarat-Syarat Am:
a)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
b)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
c)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
d)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
e)Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

 

1. TIMBALAN PENASIHAT
UNDANG-UNDANGKANAN
JABATAN PEGUAM NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI


B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 3


 
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian.
 
ii)Mempunyai kelulusan Barrister-at-Law / Solicitor / Certificate in Legal Practise atau kelulusan sebanding.
 
b)Berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Penasihat Undang-Undang dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun.
 
2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan
 
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.



PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 1 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN PERDANA MENTERI.

2. Tarikh Iklan: 06 NOVEMBER, 2010.

3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 NOVEMBER, 2010.

4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: PEGUAM NEGARA, JABATAN PEGUAM NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARSUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 92/2010.

 

2. PEGAWAI ALAM SEKITAR KANAN
JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN
REKREASI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1


KELAYAKAN MINIMUM:
1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Alam Sekitar atau bidang yang berkaitan.

2. a)Berkhidmat di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU

b)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan berpengalaman dalam bidang alam sekitar dan bidang yang berkaitan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam Berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
c) Peraturan-Peraturan Kewangan

4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 2 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI.

2. Tarikh Iklan: 06 OKTOBER, 2010.

3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 NOVEMBER, 2010.

4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI, JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, NEGARA BRUNEI DARSUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 93/2010.

 

3. PENGAJAR TEKNIK KANAN
BAHAGIAN PELAJARAN MENENGAH
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN


G.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2

KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan Teknikal atau bidang bersesuaian.

ATAU

ii)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian III tidak kurang dari 5 tahun selepas memperolehi kelulusan HND.

ATAU

iii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengajar Teknik dalam tanggagaji G.8 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Pengajar Teknik Kanan dalam tanggagaji G.7 tidak kurang dari 8 tahun atau jawatan-jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.3 tidak kurang dari 10 tahun.

b)Mempunyai Diploma lepasan Ijazah dalam bidang Pendidikan Teknikal / Sijil Pendidikan Teknikal.
Calon-calon yang belum memenuhi syarat (b) boleh dipertimbangkan memohon jawatan ini dan yang berjaya akan dipersyaratkan untuk mengikuti Latihan Perguruan bagi mendapatkan Diploma atau Sijil Lepasan Ijazah dalam bidang Pendidikan Teknikal (bagi pemohon yang bukan mengikuti program pendidikan) dalam tempoh tiga (3) tahun selepas dilantik ke jawatan ini.

c)Mempunyai laporan penilaian di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 3 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

2. Tarikh Iklan: 06 NOVEMBER, 2010.

3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 NOVEMBER, 2010. 

4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARSUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 94/2010.

 

4. PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Penerbangan Awam atau bidang bersesuaian.

ii)Berumur tidak lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci (1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak menarik nafas.

ATAU

b)i)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Kanan Bomba (Senior Fire Officer).

ATAU

ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 4 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN PENERBANGAN AWAM.

2. Tarikh Iklan: 06 NOVEMBER, 2010.

3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 NOVEMBER, 2010.

4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: PENGARAH PENERBANGAN AWAM, JABATAN PENERBANGAN AWAM, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN, NEGARA BRUNEI DARSUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 95/2010.



PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA 2 yang boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.

2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.

5. Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut:
• Menelefon 2381961 sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu: Website:http://www.spa.gov.bn/

Read more...
Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP