PENCALONAN BAGI MENGISIKAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA KAMPONG DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA
Jumaat, 12 November 2010
Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan sukacitanya mempelawa/ menjemput penduduk- penduduk kampong berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-Ketua Kampong di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-
1.Ketua Kampong, MukimPeramu.
2. Ketua Kampong Saba Darat 'A'/Saba Laut, Mukim Saba.
3. Ketua Kampong Setia 'A', Mukim Sungai Kebun'.
4. Ketua Kampong Pekan Lama/Kampong Pengiran Setia Negara, Mukim Burong Pingai Ayer.
5.Ketua Kampong Kawasan 3, Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba, Mukim Gadong 'A'.
6. Ketua Kampong Kawasan 3, Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Tungku, Mukim Gadong 'A'.
7. Ketua Kampong Pulau Baru-Baru/Sungai Bunga, Tanjong Kindana Mukim Kota Batu
6. Ketua Kampong Lugu/Kampong Katimahar, Mukim Sengkurong.
Tanggagaji : C1-EB2 iaitu $1,280.00 hingga $1,930.00
KELAYAKAN CALON KETUA KAMPONG

Calon hendaklah :-
1. Seorang lelaki yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di Peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya.
3. Bermastautin di kampung yang berkenaan tidak kurang dua [2] tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
4. Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
5. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
6. Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
7. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
8. Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah Undang-Undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah.
9. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
10. Calon yang terdiri daripada ahli Perniagaan atau Pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
11. Pencadang dan Penyokong-Penyokong seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung yang berkenaan. Calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan.
12. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
13. Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
14. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima.
15. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat- Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung).
Tatacara menghadapkan borang pencalonan :
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut:-
Unit Pentadbiran
Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan
Ketua Kampung,
Jabatan DaerahBrunei dan Muara,
Negara Brunei Darussalam.
Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada Hari Sabtu 11 Disember 2010.

0 ulasan:
Catat Ulasan