Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jumaat, 12 November 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT
DALAM PERKHIDMATAN AWAM

 
TARIKH IKLAN: 10 NOVEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 NOVEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 45/11/10 (SPA/BMI)
 
PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


 

1. PEGAWAI PERBEKALAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a) TANGGAGAJI B.2 EB.3 :

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.

 
b) TANGGAGAJI B.2 :
i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perbekalan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

2. PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyemak Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan.
c)Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.


 

3. PEGAWAI ISTILAH
JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN
SUKAN


C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM: 

a)iBDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Pegawai Istilah atau jawatan bersesuaian tidak kurang dari 7 tahun.
b)Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.
c)Mempunyai daya inisiatif untuk merancang kerja-kerja untuk kemajuan dan perkembangan bahasa adalah kelebihan.
d)Menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa lain selain Bahasa Melayu adalah kelebihan.
e)Pengalaman dalam penyelidikan serta pengetahuan luas dalam perbendaharaan kata Melayu Brunei dan Kesusasteraan Melayu adalah kelebihan.


 

4. PEGAWAI PENAKSIR RUMAH
JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI


C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM :
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penaksiran / Percukaian atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Penaksir Rumah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.


 

5. POSMEN TINGKAT KHAS
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengawasan pemerosesan atau penyerahan mel. 
b)Lulus Peperiksaan Khas Jabatan Perkhidmatan Pos adalah kelebihan. 

 

6. TRADESMAN TINGKAT KHAS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Mekanikal atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.


 

7. PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN
EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI


D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1  
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.


 

8. PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA


D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1  
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.
b)Tahu membaca dan menulis jawi.
c)Mempunyai pengalaman dalam mengatur, mengawas dan mengawal pekerja-pekerja bawahan adalah kelebihan.



9. MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN
EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI


D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)
 
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.
 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)


PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon.
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 24 NOVEMBER 2010 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP