IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
Jumaat, 3 Disember 2010
GH8. PEGAWAI JURUTERA LAUT
JABATAN LAUT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=1
a)i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Naval Architecture / Mekanikal / Marine Engineering atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Mempunyai Sijil Kecekapan sebagai Jurutera Laut Kelas Satu (Chief Engineer) Foreign Going “Steam or Motor”.
c)Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Negara, penyiasatan kemalangan maritim atau pengauditan kod ISM/ISPS adalah kelebihan.
TINGKAT 2, IBU PEJABAT LAUT,
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN,
SERASA, MUARA BT 1728
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Bagi iklan jawatan bilangan GH8 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. emua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 15 DISEMBER 2010 tidak dilayan.
10.Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
0 ulasan:
Catat Ulasan