Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jumaat, 3 Disember 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 

(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
 
TARIKH IKLAN: 1 DISEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 DISEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 48/12/10 (SPA/BMI)
 
PERATURAN 7(a)
 

Syarat-Syarat Am
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


 

1. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
JABATAN PERANCANGAN, PERKEMBANGAN
DAN PENYELIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN


 

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.

b)TANGGAGAJI B.2:
i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau dalam bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan komputer adalah keutamaan.
4. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan adalah kelebihan.
5. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perangkaan, perancangan dan penyelidikan adalah kelebihan.


 

2. PENOLONG PEGAWAI PROTOKOL
JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI


 
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Adat Istiadat Negara dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.
b)Berumur tidak kurang dari 23 tahun.
c)Pemohon adalah terdiri dari LELAKI sahaja.
d)Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengendalian sistem komputer adalah keutamaan.
e)Mengetahui akan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam adalah kelebihan.
f)Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.


 

3. PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

 

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1





KELAYAKAN MINIMUM: 
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Dokumen Kontrak / Kerani Dokumen Kontrak atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
b)Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c)Mempunyai Sijil Menaip di Peringkat Menengah adalah kelebihan.


 

4. PENOLONG PENGARANG
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN
SUKAN


 

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang penulisan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Pejabat Pusat Sejarah sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam Bahagian IV tidak kurang 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang penulisan secara kreatif dan ‘non-kreatif’ serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan.
c)Boleh menguasai dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik adalah kelebihan.


 

5. PENGAWAS TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) ATAU
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)TANGGAGAJI D.4 EB.5

i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

b)TANGGAGAJI D.3 EB.4
i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Kecil atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.
2. Berpengalaman dalam kerja-kerja mengawasi buruh-buruh dan pemandu-pemandu adalah kelebihan.


 

6. PEMBANTU PEGAWAI PERKAMUSAN
JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN
SUKAN


 

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.
b)Boleh menulis dan membaca jawi dengan baik.
c)Mempunyai pengetahuan tentang pengendalian komputer menggunakan perisian MSWord, Excel / Lotus 123 dan Dbase adalah keutamaan.
d)Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan khususnya mengenai bahasa dan sastera tempatan adalah keutamaan.
e)Memahami beberapa loghat dan dialek tempatan adalah kelebihan.


 

7. PENYELENGGARA STOR TINGKAT III
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KEKOSONGAN=14


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii)Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat Kopral atau Anggota Polis Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggaraan stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

b)Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.
c)Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.


 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP