Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Khamis, 27 Januari 2011





PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
 
TARIKH IKLAN: 26 JANUARI 2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 09 FEBRUARI 2011
BILANGAN IKLAN: 01/01/11 (SPA/BMI)
 
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN


1. PEGAWAI PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA


B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2



KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pertanian / Perdagangan / Agribisnes / Agribisnes Pemasaran / Tanah dan Sains Sumber Daya Air (Land and Water Resource Science) / Hortikultura atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pertanian / Perdagangan / Tanaman Industri dan Pengurusan / Mikrobiologi / Teknologi Maklumat / Sains Makanan / Teknologi Makanan / Teknologi Lepas Tuai atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat di Jabatan Pertanian sebagai Penolong Pegawai Pertanian atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iv) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

b) Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

c) Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

JABATAN-JABATAN KERAJAAN


C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Ilmu Bahasa / Penterjemahan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah Kanan atau jawatan berkaitan dengan Ilmu Bahasa dan/atau Penterjemahan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun.

b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan baik.


3. KETUA PEMBANTU TEKNIK
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN


C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Pengawasan Mekanik.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2 / C.1 tidak kurang dari 3 tahun.


4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
ATAU
C.2-3 EB.4-5 ($1,450 - $2,970 SEBULAN)


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) TANGGAGAJI C.3-4 EB.5:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

b) TANGGAGAJI C.2-3 EB.4-5
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Penyelidik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

2. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.


5. PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH
JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA


D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)


KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGG


PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:
1.Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 19 JANUARI 2011 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP