JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA KAMPUNG
Khamis, 23 Disember 2010
ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kampung Pekan Belait untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Ketua Kampung Pekan Belait, Mukim Kuala Belait dan penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kampung Labi II untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Ketua Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait
1. KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG PEKAN BELAIT
2. KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG LABI II
a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c. Berugama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung kait dengannya.
d. Berumur tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
e. Bermastautin di Kampung Labi II, Mukim Labi tidak kurang 2 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di Kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki dimana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
f. Tidak menjadi ahli atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h. Tidak pernah diisytiharkan muflis dibawah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
i. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
j. Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang bekerja samada di pihak Swasta / Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
a. Mengisikan Borang Pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Belait dan ditandatangani oleh seorang pencalon dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon yang berkenaan sebagai penyataan, pengakuan dan persetujuan ke atas pencalonannya itu.
b. Calon yang tidak menandatangani Borang Pencalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi Ketua Kampung berkenaan.
c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis.
0 ulasan:
Catat Ulasan