Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Isnin, 20 Disember 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(a) 
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), 
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(a) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
PERATURAN 38(a)

Syarat-Syarat Am:
a)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan-Jabatan Kerajaan sahaja.

b)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.
d)Bagi jawatan B.3 ke atas, pemohon yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam hendaklah LULUS peperiksaan-peperiksaan berikut:-
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

e) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

 

1. PENOLONG PENGARAH KEWANGAN
JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN

 
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)
KEKOSONGAN: SATU (1)


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.
ATAU
bi)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian.
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Jurukira Agung Tingkat II dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan dan/atau kewangan tidak kurang dari 3 tahun.
3. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:
i)Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam
ii)Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri
iii)Kertas Penggubalan/Penelitian Dasar
iv)Laporan Tahunan Jabatan
v)Penyediaan Peruntukan Jabatan
vi)Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

2. KAUNSELOR PENJARA KANAN
JABATAN PENJARA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN: SATU (1)


KELAYAKAN MINIMUM:
1. a.i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Psikologi / Kaunseling / Sains Kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Penjara sebagai Kaunselor Penjara dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b.Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kaunselor Penjara atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Menjadi ahli penuh kepada salah satu badan professional dalam bidang berkaitan adalah kelebihan.
3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c) Peraturan-Peraturan Kewangan.

4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

3. PENOLONG PEGAWAI KURIKULUM
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

G.6 ($1,515 - $2,370 SEBULAN)
KEKOSONGAN: SATU (1)


KELAYAKAN MINIMUM:
a)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
b)i)Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii)4 Kepujian mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
iii) Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 5 tahun.

c)Mempunyai pengetahuan / kemahiran dalam bidang ICT adalah kelebihan.
d)Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
e)Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.


PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Borang SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil, sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
3. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
4. Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

5. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi pemohon yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
6. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
7. Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/527 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

8. Borang permohonan hendaklah dikembalikan kepada:
SETIAUSAHA
PEJABAT SURUHANJAYA
PERKHIDMATANAWAM
BANGUNAN SPA
LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TARIKH TUTUP IKLAN: 10 JANUARI, 2011
BILANGAN IKLAN: 102/2010/SPA/BMI/38(a)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP