Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Khamis, 16 Disember 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT
DALAM PERKHIDMATAN AWAM

 
TARIKH IKLAN: 15 DISEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 29 DISEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 50/12/10 (SPA/BMI)
 

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


 

1. TIMBALAN PENDAKWA SYARI’E
UNIT PERUNDANGAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA


 

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam / LLB (Syariah) / LLB dan Barrister-at-Law atau bidang bersesuaian.

b)Mempunyai latihan profesional atau sebanding dalam bidang Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam.

 

2. PENOLONG PENTADBIR
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan atau bidang bersesuaian.

ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Pejabat dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Bagi calon di para a(ii) sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus induksi dan Professional bagi Penyelia Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

 

3. PEREKA TINGKAT III
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pereka atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

 

4. GURU UGAMA TERLATIH
MAHKAMAH SYARIAH
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

 

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.

b)Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).
c)Sijil Perguruan Ugama.

 

5. PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI


 

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=4
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Pakaian / Pendandanan Rambut / Persolekkan atau bidang bersesuaian.

ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Pakaian dan Solek atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
b)Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
c)Mempunyai minat / kemahiran / pengalaman dalam bidang pakaian atau solek dan dandanan rambut adalah keutamaan.
d)Mestilah lulus dalam ujian kelayakan / praktikal yang dikendalikan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei.

 

6. PENOLONG PENAKSIR
JABATAN TANAH
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


 

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 4
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

b)Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal tanah adalah kelebihan.

 

7. MERINYU ALAM SEKITAR
JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN
REKREASI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


 

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2
 


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)4 Kepujian/Kredit Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.
b)Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja dan keutamaan akan diberikan kepada yang bermastautin di Kuala Belait.

 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)


PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.

6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 29 DISEMBER 2010 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP