Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Rabu, 8 Disember 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 

(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT)
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
 
TARIKH IKLAN: 8 DISEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 DISEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 49/12/10 (SPA/BMI)
 
PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


 

1. ARKITEK
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


 

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Arkitektur atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Royal Institute of British Architect (R.I.B.A).


 

2. PENOLONG PESURUHJAYA BURUH
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI


 
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM: 

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Undang-Undang / Perhubungan Perindustrian / Pembangunan Sumber Manusia (HRD) atau dalam jurusan Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja (OSH) atau bidang bersesuaian.

b) TANGGAGAJI B.2:
i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
3. Mempunyai pengalaman / pengetahuan dalam Undang-Undang Perburuhan adalah keutamaan.


 

3. KETUA PEMBANTU KERJA KEMAJUAN
PERUMAHAN
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


 
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM :
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia/Personel / Pembangunan Organisasi / Pengurusan/Kemajuan Perumahan / Kejuruteraan / Sains Sosial / Ekonomi / Sosiologi atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Kemajuan Perumahan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Kerja Kanan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

b)Berpengalaman menjalankan tugas-tugas teknikal atau berpengalaman menjalankan tugas-tugas kerja-kerja Rancangan Perpindahan, Perhubungan Awam dan pernah menjalankan tugas-tugas Ketua Pembantu Kerja adalah kelebihan.

 

4. KERANI SULIT
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=63


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)Kelulusan Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang sebanding, dan yang diiktiraf.
ATAU
ii)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal dan lulus trengkas dengan kepantasan sekurang-kurangnya 100 p.s.m dan menaip dengan kepantasan 45 p.s.m
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Kerani Sulit tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun DAN mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 – 110 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 45 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.
b)Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.


 

5. PENOLONG PENYELIA ARKIB
JABATAN-JABATAN KERAJAAN


 
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Arkib Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b)Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.


 

6. PEMBANTU STADIUM DAN KOMPLEKS
SUKAN
JABATAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN
SUKAN


 
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.


 

7. PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT II
JABATAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN
SUKAN


 
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)i)4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.


 
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP