Copyright &#0169 2010&#0153 ASZ Employment Agency. All Rights Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search Box

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Isnin, 6 Disember 2010

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN 
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), 
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
 
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
 

PERATURAN 38(b)
 

Syarat-Syarat Am:
a)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
b)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
c)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
d)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
e)Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

 

1. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1


KELAYAKAN MINIMUM :
a)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
b)Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
c)Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / B.2 / G.11 tidak kurang dari 5 tahun.
d)Mempunyai pengalaman dalam pengurusan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan adalah kelebihan.
e)Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam Berikut:
a)Peperiksaan Jabatan (jika ada)
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
c) Peraturan-Peraturan Kewangan

f)Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

2. PENYELIA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

G.9 ($1,910 - $2,650 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1


KELAYAKAN MINIMUM:
a)Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
b)Sedang berkhidmat di mana-mana jabatan di bawah Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 15 tahun termasuk Istitusi Pengaji tidak kurang dari 15 tahun.
c)Mempunyai pengalaman menjadi Guru Besar / Guru kanan dan terlibat di dalam pengurusan persekolahan rendah adalah kelebihan.
d)Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 1 dan 2 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.
2. Tarikh Iklan: 4 DISEMBER, 2010.
3. Tarikh Tutup Permohonan: 4 JANUARI, 2011.
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan:
PENGARAH
PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATANPERKHIDMATAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 98/2010.

 

3. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN KANAN
JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN
JABATAN PERDANA MENTERI

 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2


KELAYAKAN MINIMUM :
1. a)i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan atau bidang bersesuaian.
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dalam tanggagaji B.2 EB.3/B.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b)Bagi yang tidak mempunyai Ijazah hendaklah sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

3. Mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan pengurusan yang bersesuaian serta pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja yang berupa penelitian serta konsep yang berhubung dengan bidang tersebut.
4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 3 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN.
2. Tarikh Iklan: 4 DISEMBER, 2010.
3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 DISEMBER, 2010.
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan:
PENGARAH
PERKHIDMATAN PENGURUSAN, JABATAN
PERKHIDMATAN PENGURUSAN, NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 99/2010.

 

4. PEGAWAI PENERANGAN KANAN
JABATAN PENERANGAN
JABATAN PERDANA MENTERI

 

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1


KELAYAKAN MINIMUM:  
1. a)i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian.
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Penerangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b)Bagi yang tidak mempunyai Ijazah hendaklah sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Penerangan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

3. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja Perkhidmatan Kemasyarakatan dan berkemampuan menyampaikan ceramah dan taklimat adalah kelebihan.
4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.


PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 4 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN PENERANGAN.
2. Tarikh Iklan: 4 DISEMBER, 2010.
3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 DISEMBER, 2010.
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan:
PENGARAH
PENERANGAN, JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI, NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM.

5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 100/2010.

 

5. PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS
UDARA TINGKAT III
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1

KELAYAKAN MINIMUM :
a)i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
ATAU
ii)Sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Penolong Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
b)Lulus dalam Kursus Kawalan Lalulintas Udara dan Aerodome Control yang diiktiraf oleh Pertubuhan Penerbangan Antarabangsa (ICAO).
c)Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 5 adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di JABATAN PENERBANGAN AWAM.
2. Tarikh Iklan: 4 DISEMBER, 2010.
3. Tarikh Tutup Permohonan: 27 DISEMBER, 2010.
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan:
PENGARAH
PENERBANGAN AWAM, JABATAN
PENERBANGAN AWAM, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 101/2010.

PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA 2 yang boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut:
• Menelefon 2381961 sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(Iklan Jawatan Kosong) iaitu: Website:http://www.spa.gov.bn/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger
PROPERTY OF ASZ E-COMMERCE GROUP

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP