Jawatan Kosong : Penghulu Mukim Burong Pingai Ayer, Daerah Brunei & Muara
Sabtu, 6 November 2010
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
PENCALONAN BAGI MENGISI JAWATAN - JAWATAN KOSONG SEBAGAI
PENGHULU MUKIM BURONG PINGAI AYER, DAERAH BRUNEI DAN MUARA
JABATAN Daerah Brunei dan Muara dengan sukacitanya mempelawa/ menjemput penduduk-penduduk kampung yang bermastautin di Kampung Pekan Lama/ Pengiran Setia Negara, Kampung Sungai Pandan 'A', Kampung Lurong Dalam, Kampung Pandai Besi 'B', Kampung Pandai Besi 'A', dan Kampung Burung Pingai Ayer, Mukim Burung Pinggai Ayer untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisikan jawatan sebagai :
PENGHULU MUKIM BURONG PINGGAI AYER DAERAH
Tanggagaji : C3-EB4 iaitu $1,990.00 hingga $2,6200.00
KELAYAKAN CALON PENGHLU MUKIM :-
Calon hendaklah :-
Seorang lelaki yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di Peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya.
Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat Mukim berkenaan.
Berumur tidak kurang 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pencalonannya.
Dan bagi calon-calon yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kampung di dalam Mukim Burong Pinggai Ayer, mereka hendaklah telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung dalam Mukim tersebut tidak kurang 5 tahun, serta mempunyai rekod prestasi yang baik dan memuaskan.
Bermastautin di Mukim Burong Pinggai Ayer tidak kurang dua [2] tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di Mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat- sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah Undang- Undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah.
Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang berkerja sama ada dipihak Swasta/ Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Setiap pencalonan bagi mengisikan jawatan Penghulu Mukim adalah dimestikan:-
a. Mengisikan borang pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan ditandatangani oleh seorang pencadang dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon berkenaan sebagai penyataan, pengakuan dan persetujuan ke atas pencalonannya itu.
b. Calon yang tidak menandatangani borang pencalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi penghulu Mukim berkenaan.
c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis.
Calon akan terlebih dahulu ditapis dari segi kelayakan. Pencadang dan Penyokong-Penyokong hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak kurang 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan.
Pencadang dan Penyokong-Penyokong hendaklah terdiri daripada penduduk Mukim Burung Pinggai Ayer dan tinggal bermastautin di Mukim Burung Pinggai Ayer.
Penghantaran pencalonan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.
Seorang Penghulu Mukim adalah dilantikan atas titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Tatacara menghadapkan borang pencalonan :
Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut:-
Unit Pentadbiran
Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua
Kampung,
Jabatan DaerahBrunei dan Muara,
Negara Brunei Darussalam.
Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada hari Sabtu 27 November 2010, jam 4.00 petang.
PENGHULU MUKIM BURONG PINGGAI AYER DAERAH
BRUNEI DAN MUARA
Tanggagaji : C3-EB4 iaitu $1,990.00 hingga $2,6200.00KELAYAKAN CALON PENGHLU MUKIM :-

0 ulasan:
Catat Ulasan